Saturday, 17 December 2011

Lawatan Guru Pemulihan Khas Daerah K.Sel ke Kamar Sinar Nurin Slideshow

Lawatan Guru Pemulihan Khas Daerah K.Sel ke Kamar Sinar Nurin Slideshow : TripAdvisor™ TripWow ★ Lawatan Guru Pemulihan Khas Daerah K.Sel ke Kamar Sinar Nurin Slideshow  ★ to Kampung Sri Tiram Tanjung Karang (near Klang). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Thursday, 8 December 2011

KAD BACAAN

   Ini kuda Budi.
   Budi beli kuda di Bali.
   Kuda Budi kuda padi.
   Budi duduk atas kuda padi.
   Kuda padi lari laju.


   Ini guru saya.
   Nama guru saya Rina.
   Guru saya lawa.
   Guru Rina ajar saya.
   Guru ajar Bahasa Melayu.
   Saya jadi  rasa suka.



   Ibu ada labu.
   Ibu ada tiga biji labu.
   Ibu beri  labu pada Sabu.
   Sabu masak kari labu.

Ini buah epal.
   Ini buah epal muda.
   Emak beli lima biji epal muda.
   Emak beri epal muda pada Izal.
   Emak beli epal muda di pasar.

       Ini ikan emas.
   Ikan emas warna oren.
   Ikan emas itu cantik.
   Ikan emas suka makan ulat.
   Adik suka bela ikan emas.


       Ini Ular sawa.
   Ular sawa tidak ada bisa.
   Badan ular sawa panjang.
   Badan ular sawa ada sisik.
   Ular sawa suka keluar waktu malam.


   Ini itik.
   Ini itik serati.
   Bulu itik serati  cantik.
   Bulu itik serati  putih.
   Itik serati makan sisa nasi.



       Amira beli kereta.
   Amira beli kereta Wira.
   Kereta Wira Amira warna merah.
   Amira bawa Anita ke Pudu Raya.
   Di Pudu Raya ada kereta Waja.



       Kumari ada kemeja.
   Kemeja Kumari warna kelabu.
   Kumari pakai  kemeja Kumari ada saku.
   Saku kemeja ada satu.



Ini bas mini.
   Bas mini kecil.
   Bas   mini warna biru.
   Mimi bawa bas mini  laju.


   Ini gajah hutan.
   Gajah hutan hitam.
   Badan gajah hutan  besar.
   Gajah hutan suka makan tebu.


 Ini jambu madu.
 Jambu madu  rasa manis.
 Jambu madu masak warna merah.
Jamri suka makan jambu madu.



   Ini  terung panjang.
   Terung panjang  warna ungu.
   Sabung tanam pokok terung.
   Sabung tanam terung panjang tepi tebing.



Haikal ada basikal baru.
    Basikal baru Haikal biru.
   Ayah beli basikal Haikal di bandar.
   Ayah beli di kedai Pak Bilal.
   Haikal pergi sekolah naik basikal.

Tuesday, 6 December 2011

Bacaan Lancar

Murid Berkeperluan Khas


RAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.
Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun.

Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.
Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.

Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain.
Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil.
Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya.

Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan ini.
Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama.
Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor.

Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi.
Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.

Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh jurupulih cara kerja di HUSM.

Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.
Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi.
Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran.

Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain.
Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

MASALAH KANAK-KANAK KHAS

1. MASALAH KERENCATAN AKAL

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak -kanak yang mempunyai daya pemikran yang berkurangan dan bermasalah dalam . Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakal mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara -cara hidup seperti menjaga diri.Kecatatan terbahagi kepada kecacatan -kecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan pendengaran.Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kecacatan akal
a) Punca masalah kerencatan akal
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetic seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab -sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligent quotient) kurang daripada 50.Kebanyakkan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ d iantara 50- 75) tiada punca yang menyebabkannya. 
Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal.
b) Ciri-ciri masalah kerencatan akal
i.                                    Sebilangan daripada kanak -kanak kerencatan akal akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca seperti sindrom down, masalah perinatal atau meningitis.
ii.                                    Sindrom downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenalpasti. Sebilangan besar kanak -kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doktor membuat ujian perkembangan ± developmental assessment
iii.                                    Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak -kanak untuk siasatan yang mendalam.

2. MASALAH PENGLIHATAN

Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang memerlukan pendidikan kerana masal ah penglihatan. Kaedah penyampaian 
pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
2.1 Punca masalah penglihatan
a.   Baka dan keturunan
b.       Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir - Rubella ± rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan -akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.
c.      Sifilis
d.      Kecederaan
e.      Penyakit

2.2 Ciri-ciri masalah penglihatan ;
a). Rupa
- Bebola mata yang selalu berputar -putar.
- Tidak bertindak balas dengan cahaya.
- Mata yang selalu bergerak -gerak.
b). Tingkah laku
- Selalu memusing kepala ke sebelah sehaja
-Kerap berkelip
-Kerap menggosok mata
c). Aduan
- Selalu mengadu sakit kepala
- Penglihatan yang kabur
- Nampak 2 imej pada 1 objek.

3. MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran adalah masalah yang menjejaskan komunikasi atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
3.1 Punca masalah pendengaran :
§                                 Jangkitan telinga kronik
§                                 Faktor keturunan
§                                 Kecacatan kongenital
§                                 Sakit kuning yang teruk semasa bayi
§                                 Penggunaan dadah ototoksik
§                                 Jangkitan virus atau bakteria
§                                 Proses penuaan dan tumor.
3.2 Ciri-ciri masalah pendengaran ;
§                                 kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas
§                                 Kelihatan selalu berkhayal
§                                 Buitr-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
§                                 Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
§                                 Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi
§                                 Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur

Sistem Fail Kelas Pemulihan Khas

 

01 . FAIL INDUK

Kandungan
a. Surat – surat Perhubungan Luar / Dalaman
b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling – pekeliling Ikhtisas (contoh : PP Ikh . Bil 4 /96)

02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN

Kandungan
a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya

03 . FAIL MESYUARAT

Kandungan
a. Surat – surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah
b. Buku Minit mesyuarat panitia (sekurang – kurangnya 3 X setahun)

04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN

Kandungan
a. Program Developmental dan Rutin
b. Laporan - laporan program

05 . FAIL ANALISIS IPP2M

Kandungan
a. Analisis IPP2M

06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN

Kandungan
a. Guru Besar
b. Guru Penolong kanan

07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID

Kandungan
a. Jadual Pemeriksaan
b. Instrumen Pemeriksaan

08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK

Kandungan
a. Surat Mesyuarat
b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

09 . FAIL BANK SOALAN

Kandungan
a. Semua set ujian yang digunakan.

10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN

Kandungan
a. Jadual guru Pemulihan
b. Maklumat guru Pemulihan


PANDUAN MENULIS NOMBOR RUJUKAN FAIL

KBA4029 / 06 / 06 / 011 / 01 / ( 01 )

FAIL – FAIL LAIN

Fail peribadi murid )

- Borang Pencalonan murid
- Borang pengumpulan maklumat
- Kaji selidik / borang latar belakang
- Rekod kesihatan

Fail Bahasa Melayu – Individu )

- IIP2M / Saringan
- Ujian Diognastik
- Rekod Pengamatan
- Rekod Pencapaian murid
- Borang skor individu

Fail kerja susulan – individu )

- direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai (sudah mengikuti P&P dalam kelas normal)
- Lawatan
- Inventori
- BBM / ABM
Contoh :Buku – buku , carta , kad – kad dan lain – lain.

Saturday, 3 December 2011

MARI BELAJAR SAMBIL BERHIBUR
Kawan-kawan, kadang-kadang kita kehabisan idea bagaimana untuk mengajar murid membaca. Ajar hari ini esok lupa.Di sini saya ingin berkongsi bahan VCD Lagu-Lagu Asas Mengeja Bahasa Melayu . VCD ini mengandungi 18 buah lagu berbentuk suku kata dan 5 lagu berbentuk minus ones. VCD ini adalah salah satu bahan bantu belajar yang dihasilkan bertujuan untuk membantu guru-guru, ibubapa dan kanak-kanak berumur 4, 5, 6,7 dan semua kanak-kanak yang masih belum menguasai asas membaca. Difahamkan kanak-kanak mempunyai pelbagai kecerdasan dan antaranya ialah kecerdasan muzikal. Bagi kanak-kanak yang meminati muzik mungkin belajar secara berhibur  boleh menarik minat mereka. Mungkin juga ada di antara kawan-kawan yang telah melihat,mendengar dan menggunakan bahan ini dalam proses p&p. Ini bukanlah bahan yang terbaik tetapi ini adalah usaha pertama kami dalam menghasilkan bahan bantu belajar . Kami masih baru  dan masih banyak yang perlu kami perbaiki .Namun untuk menghasilkan VCD ini memerlukan masa yang agak lama dan kos yang tinggi. Kepada sesiapa yang pernah terbaca dan menyatakan VCD ini dinyayikan oleh murid-murid dari SK Sabak Bernam, sebenarnya adalah tidak benar. 
Untuk Pengetahuan :
Pencipta dan penulis lirik : Cikgu Hanafi b. Md Salleh
Gandingan bersama          :Cikgu Rahman b. Marjumin, Cikgu Nor Khaizan bt Abu Mansor & Cikgu Rosmimah bt Embi                              
Penyanyi dan pelakon      : Murid-murid SK Sri Tiram,45500 Tanjong Karang,Selangor.
Lokasi                            : Sekitar SK Sri Tiram, Sawah Sempadan,Bukit Malawati & Taman  Alam Kuala Selangor.

Sila tonton dan  beri pandangan serta komen yang membina agar kami boleh menghasilkan yang lebih baik pada masa akan datang. 

video
Lagu Abjad
video
Lagu Huruf Vokal
video
Lagu Huruf-Huruf Konsonan dan Huruf Vokal 'a'

video
Lagu Huruf-Huruf Konsonan dan Bunyi Huruf Vokal 'i'

video
Lagu Huruf-Huruf Konsonan dan Bunyi Huruf Vokal 'u'
video
Lagu Huruf-Huruf Konsonan dan Bunyi Vokal 'ung'
video
Lagu Huruf-Huruf Konsonan dan Bunyi Vokal 'e'
video
Lagu Huruf-huruf Konsonan dan Bunyi huruf Vokal 'as'
video
Lagu Huruf-Huruf Konsonan dan Bunyi Huruf Vokal 'eng'
video
Lagu Huruf-Huruf Konsanan dan Bunyi Huruf Vokal 'o'
video
Lagu Huruf-Huruf Konsonan dan Bunyi Huruf Vokal 'ok'
video
Lagu huruf-huruf konsanan dan huruf vokal "ong"
Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak

Sememangnya menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Bagaimanapun, memang menjadi satu hakikat di mana kurang daripada lima peratus sahaja kanak-kanak yang didaftarkan di sekolah-sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi-institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut.

Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju dalam pelajarannya di sekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah-masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut:

1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.
2 ) Perkembangan yang lambat.
3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.
4 ) Kekekokan (clumsiness).
5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
6 ) Masalah kelakuan.
7 ) Gangguan kesihatan jasmani.

KEKURANGAN PENDENGARAN DAN / ATAU PENGLIHATAN

Kanak-kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara-cara lain. Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran, kanak-kanak yang pekak akan ke belakang di dalam kelasnya. Kanak-kanak ini memerlukan cara pengajaran yang khas.

Kanak-kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya.

Kebanyakkan daripada kanak-kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai.

PERKEMBANGAN YANG LAMBAT

Ada pula kanak-kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tanpa apa-apa kecacatan jasmani. Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya, pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak-kanak yang berumur lima tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan. Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak-kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak-kanak ini akan mendapat manfaat jika dirancang.

MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN

Kefahaman bahasa serta pertuturan adalah mustahak bagi seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Jika seseorang itu tidak boleh memahami bahasa atau mengunakan bahasa kerana sesuatu gangguan pada urat sarafnya, ini akan menjejaskan pembelajarannya. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi perlu dikenal pasti supaya dapat diberi cara pemulihan yang sesuai untuknya.

KEKEKOKAN (CLUMSINESS)

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau lebih baik daripada biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau membuat aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak-kanak ini mungkin selalu menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur, berbahas atau membaca yang tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak-kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu.

Aktiviti sehari-harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi kanak-kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya menghalangnya daripada menulis dengan sempurna.

KEKURANGAN TUMPUAN PERHATIAN

Kanak-kanak yang begini selalu dipanggil ´Hyperactive´ dalam bahasa Inggeris. Selalunya tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari peperiksaan klinikal.

Kebolehan menumpukan perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menerima arahan dan pengajaran dari guru-guru atau ibu bapanya. Kanak-kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian penuh.

Sebaliknya, dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid-murid lain kerana dia tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak-kanak seperti ini perlu diberi pemulihan khas yang dipanggil ´behavioural modification´ untuk menambahkan tempoh tumpuan perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan.

MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS

Keadaan ini selalu dipanggil ´dyslexia´ dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak yang tidak mengalami kecacatan akal atau kurang minat mengalami kesukaran sama ada membaca, menulis atau mengira.

Keadaan ini selalu tidak dikenali dan ini menyebabkan kanak-kanak ini meneruskan persekolahan mereka tampa mendapat bimbingann yang sesuai. Akibatnya timbul perasaan konsep diri yang negetif atau kelakuan yang mungkin menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Kanak-kanak yang mendapati sukar membaca memerlukan orang untuk membaca kepadanya atau diajar melalui rakaman pita. Masalah pembelajaran khusus ini memang sudah lama dikenali tetapi hanya sedikit sahaja bilangan kanak-kanak yang berjaya dikenalpasti dan diberi kurikulum pembelajaran khas oleh kerana kekurangan pakar-pakar dalam bidang Psikologi Pembelajaran.

MASALAH KELAKUAN

Keadaan ini boleh berlaku akibat daripada masalah kekurangan pendengaran, masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan-keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya. Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas.

Kanak-kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan kelakuan.

"... Azim yang berumur lima tahun mempunyai kebolehan seakan akan kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Dia selalu menolak kanak-kanak lain dan tidak mengindahkan sesiapa disekelilinganya. Azim boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain dia memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri mendapat sangat sukar hendak mendisplinkannya. Dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya. Azim asyik suka bergolek-golek di atas lantai serta bercakap-cakap seorang diri..."

Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak - kanak ini meneruskan perkembangan sosial, emosi, kognitif dan bahasanya.

GANGGUAN KESIHATAN JASMANI

Seseorang kanak-kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian yang cukup kepada pelajarannya disekolah. Kanak-kanak yang pucat mungkin sering merasa mengantuk di kelas. Kanak-kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin menerima ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan tindakan yang berkesan tidak diambil, kanak-kanak ini akan kebelakangan dalam pelajarannya.


KESIMPULAN

Semua keadaan yang dinyatakan ini mesti difikirkan jika seseorang kanak-kanak itu mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru serta doktor untuk memastikan yang anak mereka dapat mencapai potensi dengan seberapa daya. Keadaan seperti masalah pembelajaran khusus dan kekekokan memerlukan galakan serta perasaan timbang rasa daripada guru-guru dan diberi kurikulum khas. Ramai kanak-kanak seperti ini akan tidak dapat dikenalpasti di sekolah kerana kekurangan para profesional yang boleh membuat penilaian menyeluruh ke atas kanak-kanak ini serta merancangkan sesuatu kurikulum yang khas bagi mereka.

Friday, 2 December 2011

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN KHAS

1. Emosi dan Tingkahlaku
  • Perasaan rendah diri.
  • Perasaan risau.
  • Perasaan sedih, hiba atau duka.
  • Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
  • Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
  • Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
  • Pasif.
  • Malas

2. Sosial
  • Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
  • Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
  • Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
  • Menangis - enggan masuk darjah.
  • Hyper aktif.

3. Kesihatan
  • Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
  • Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
  • Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
  • Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
  • Kurang menjaga kebersihan diri.

4. Kesediaan Belajar
  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Perbendaharaan kata kurang.
  • Lemah pemahaman.
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5. Pengamatan
  • Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
  • Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengkelaskan benda.
  • Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • Tidak kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran/ingatan.
  • Tidak boleh mengingat kembali.

6. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Melalui pemerhatian
6. Punca-punca lain yang diperolehi