Tuesday, 6 December 2011

Bacaan Lancar


 Petikan 1: Keluarga Amin

Ini keluarga Amin. Encik Murad ialah ayah Amin.Dia seorang doktor.Tugasnya merawat pesakit.Puan Fatimah ialah ibu Amin.Dia seorang suri rumah.Sahara kakak Amin.Dia belajar di tingkatan lima.Dia bercita-cita untuk menjadi guru.
Amin sayang akan keluarganya.


 Petikan 2: Adab Aminah Semasa Di Kantin

Aminah murid yang baik.Aminah pergi ke kantin pada waktu rehat.Dia beratur semasa membeli makanan.Dia tidak berebut-rebut mencari tempat duduk.Sebelum makan Aminah membasuh tangan dan membaca doa.Selepas makan, Aminah meletakkan bekas makanan di tempat yang disediakan.

 
 
Petikan 3: Binatang peliharaan Ana

Ana ada seekor binatang peliharaan.Binatang peliharaan Ana bernama Si Comel.Si Comel sangat manja.Bulu Si Comel sangat lebat.Warna bulu Si Comel putih.Si Comel suka kejar tikus.Ana beri Si Comel minum susu.Ana juga beri Si Comel makan ikan.



 Petikan 4: Dusun Buah-Buahan Pak Mat

Pak Mat ada sebuah dusun.Di dusun Pak Mat ada pokok buah-buahan.Pokok buah-buahan di dusun Pak Mat ialah betik, rambutan, manggis, durian, dan langsat. Pokok buah-buahan Pak Mat berbuah lebat. Pak Mat menjual buah-buahan itu di pasar. Bakinya
Pak Mat beri kepada jiran-jiran.



Petikan 5: Pelangi

Pelangi ada tujuh warna.Warna-warna pelangi sangat cantik.Warna pelangi ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu.Pelangi muncul selepas waktu hujan Pelangi terbentuk apabila titis-titis air hujan. Pelangi terbentuk apabila titis-titis air hujan bertembung dengan cahaya matahari. Apabila matahari muncul pelangi akan hilang.

No comments:

Post a Comment