Saturday, 3 December 2011

MARI BELAJAR SAMBIL BERHIBUR
Kawan-kawan, kadang-kadang kita kehabisan idea bagaimana untuk mengajar murid membaca. Ajar hari ini esok lupa.Di sini saya ingin berkongsi bahan VCD Lagu-Lagu Asas Mengeja Bahasa Melayu . VCD ini mengandungi 18 buah lagu berbentuk suku kata dan 5 lagu berbentuk minus ones. VCD ini adalah salah satu bahan bantu belajar yang dihasilkan bertujuan untuk membantu guru-guru, ibubapa dan kanak-kanak berumur 4, 5, 6,7 dan semua kanak-kanak yang masih belum menguasai asas membaca. Difahamkan kanak-kanak mempunyai pelbagai kecerdasan dan antaranya ialah kecerdasan muzikal. Bagi kanak-kanak yang meminati muzik mungkin belajar secara berhibur  boleh menarik minat mereka. Mungkin juga ada di antara kawan-kawan yang telah melihat,mendengar dan menggunakan bahan ini dalam proses p&p. Ini bukanlah bahan yang terbaik tetapi ini adalah usaha pertama kami dalam menghasilkan bahan bantu belajar . Kami masih baru  dan masih banyak yang perlu kami perbaiki .Namun untuk menghasilkan VCD ini memerlukan masa yang agak lama dan kos yang tinggi. Kepada sesiapa yang pernah terbaca dan menyatakan VCD ini dinyayikan oleh murid-murid dari SK Sabak Bernam, sebenarnya adalah tidak benar. 
Untuk Pengetahuan :
Pencipta dan penulis lirik : Cikgu Hanafi b. Md Salleh
Gandingan bersama          :Cikgu Rahman b. Marjumin, Cikgu Nor Khaizan bt Abu Mansor & Cikgu Rosmimah bt Embi                              
Penyanyi dan pelakon      : Murid-murid SK Sri Tiram,45500 Tanjong Karang,Selangor.
Lokasi                            : Sekitar SK Sri Tiram, Sawah Sempadan,Bukit Malawati & Taman  Alam Kuala Selangor.

Sila tonton dan  beri pandangan serta komen yang membina agar kami boleh menghasilkan yang lebih baik pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment