Tuesday, 6 December 2011

Bacaan Lancar

Murid Berkeperluan Khas


RAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.
Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun.

Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.
Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.

Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain.
Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil.
Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya.

Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan ini.
Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama.
Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor.

Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.

Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi.
Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.

Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh jurupulih cara kerja di HUSM.

Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.
Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi.
Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran.

Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain.
Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

MASALAH KANAK-KANAK KHAS

1. MASALAH KERENCATAN AKAL

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak -kanak yang mempunyai daya pemikran yang berkurangan dan bermasalah dalam . Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakal mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara -cara hidup seperti menjaga diri.Kecatatan terbahagi kepada kecacatan -kecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan pendengaran.Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kecacatan akal
a) Punca masalah kerencatan akal
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetic seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab -sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligent quotient) kurang daripada 50.Kebanyakkan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ d iantara 50- 75) tiada punca yang menyebabkannya. 
Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal.
b) Ciri-ciri masalah kerencatan akal
i.                                    Sebilangan daripada kanak -kanak kerencatan akal akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca seperti sindrom down, masalah perinatal atau meningitis.
ii.                                    Sindrom downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenalpasti. Sebilangan besar kanak -kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doktor membuat ujian perkembangan ± developmental assessment
iii.                                    Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak -kanak untuk siasatan yang mendalam.

2. MASALAH PENGLIHATAN

Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang memerlukan pendidikan kerana masal ah penglihatan. Kaedah penyampaian 
pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
2.1 Punca masalah penglihatan
a.   Baka dan keturunan
b.       Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir - Rubella ± rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan -akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.
c.      Sifilis
d.      Kecederaan
e.      Penyakit

2.2 Ciri-ciri masalah penglihatan ;
a). Rupa
- Bebola mata yang selalu berputar -putar.
- Tidak bertindak balas dengan cahaya.
- Mata yang selalu bergerak -gerak.
b). Tingkah laku
- Selalu memusing kepala ke sebelah sehaja
-Kerap berkelip
-Kerap menggosok mata
c). Aduan
- Selalu mengadu sakit kepala
- Penglihatan yang kabur
- Nampak 2 imej pada 1 objek.

3. MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran adalah masalah yang menjejaskan komunikasi atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
3.1 Punca masalah pendengaran :
§                                 Jangkitan telinga kronik
§                                 Faktor keturunan
§                                 Kecacatan kongenital
§                                 Sakit kuning yang teruk semasa bayi
§                                 Penggunaan dadah ototoksik
§                                 Jangkitan virus atau bakteria
§                                 Proses penuaan dan tumor.
3.2 Ciri-ciri masalah pendengaran ;
§                                 kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas
§                                 Kelihatan selalu berkhayal
§                                 Buitr-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
§                                 Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
§                                 Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi
§                                 Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur

Sistem Fail Kelas Pemulihan Khas

 

01 . FAIL INDUK

Kandungan
a. Surat – surat Perhubungan Luar / Dalaman
b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling – pekeliling Ikhtisas (contoh : PP Ikh . Bil 4 /96)

02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN

Kandungan
a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya

03 . FAIL MESYUARAT

Kandungan
a. Surat – surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah
b. Buku Minit mesyuarat panitia (sekurang – kurangnya 3 X setahun)

04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN

Kandungan
a. Program Developmental dan Rutin
b. Laporan - laporan program

05 . FAIL ANALISIS IPP2M

Kandungan
a. Analisis IPP2M

06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN

Kandungan
a. Guru Besar
b. Guru Penolong kanan

07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID

Kandungan
a. Jadual Pemeriksaan
b. Instrumen Pemeriksaan

08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK

Kandungan
a. Surat Mesyuarat
b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

09 . FAIL BANK SOALAN

Kandungan
a. Semua set ujian yang digunakan.

10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN

Kandungan
a. Jadual guru Pemulihan
b. Maklumat guru Pemulihan


PANDUAN MENULIS NOMBOR RUJUKAN FAIL

KBA4029 / 06 / 06 / 011 / 01 / ( 01 )

FAIL – FAIL LAIN

Fail peribadi murid )

- Borang Pencalonan murid
- Borang pengumpulan maklumat
- Kaji selidik / borang latar belakang
- Rekod kesihatan

Fail Bahasa Melayu – Individu )

- IIP2M / Saringan
- Ujian Diognastik
- Rekod Pengamatan
- Rekod Pencapaian murid
- Borang skor individu

Fail kerja susulan – individu )

- direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai (sudah mengikuti P&P dalam kelas normal)
- Lawatan
- Inventori
- BBM / ABM
Contoh :Buku – buku , carta , kad – kad dan lain – lain.