Monday, 7 May 2012

LIRIK LAGU AKHLAK MULIA SAHSIAH TERPUJI (MTQ SKSRI TIRAM)


NASYID KUMPULAN AS-SYARIFF SK SRI TIRAM
Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ahli kumpulan nasyid terdiri daripada murid-murid tahap 2 yang dipilih melalui uji bakat. Pengasas kumpulan ini adalah Puan Nor Khaizan bt Abu Mansor, Pn.Noraini bt Abdul Razak dan Encik Nasaruddin b. Shaarani. Pemilihan adalah berdasarkan suara, disiplin dan tahu mengendali serba sedikit alat muzik.
TEMA
Untuk persembahaan nasyid yang pertama tema yang dipilih adalah  Akhlak Mulia Sahsiah Terpuji manakala persembahan nasyid kedua ialah bertemakan tentang Kebersihan.

RASIONAL AKTIVITI
 -- Memberi galakan dan dapat menonjolkan bakat murid.
- Memupuk semagat setiakawan dan semagat keberanian dalam diri sendiri.
- Menanamkan semangat cintakan seni kreatif berbentuk keagamaan.
- Melahirkan generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang.
 - Melahirkan generasi yang tahu menghargai kebersihan dan sentiasa berakhlak mulia.
  - Melahirkan generasi yang berdisiplin.

BILANGAN PELAJAR YANG TERLIBAT
Bilangan pelajar yang terlibat dalam aktiviti  ini ialah 14 orang iaitu 5 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan terdiri daripada tahun  tahun 6 .


             Lirik lagu: Akhlak Mulia Sahsiah Terpuji
            Pencipta & penulis lirik : Pn.Nor Khaizan bt Abu Mansor.

Allah, Allah, Allah,Allah, Allah....Allah, Allah, Allah
(ramai-ramai ketika berjalan naik ke atas pentas)

Solo     Kupohon rahmatmu ya Allah .......
Kupohon restumu ya Rabbi......
Kupohon rahmatmu ya Allah......
Kupohon restumu ya Rabbi.......

Tunjukkan kami jalan kebenaran
Agar menjadi insan pilihan
Tunjukkan kami jalan kebenaran
Agar menjadi insan pilihan

Solo     Cahaya hidayah kami nantikan
Membentuk aqidah kesejahteraan
Sahsiah terpuji jadi sanjungan
Memimpin umat zaman berzaman

Akhlak mulia sahsiah terpuji
Jadi amalan insan insani
Wahai umat islam dunia
Hidup bahagia aman harmoni

Kupohon rahmatmu ya Allah .......
Kupohon restumu ya Rabbi......
Kupohon rahmatmu ya Allah......
Kupohon restumu ya Rabbi.......

Tunjukkan kami jalan kebenaran
Agar menjadi insan pilihan
Tunjukkan kami jalan kebenaran
Agar menjadi insan pilihan

Solo     Usah dikeji... pada yang hina
c/o       Mengharap belas pada semua
Tiada harta.....tiada rupa
Hanya bertaqwa pada yang esa

Solo     Kupohon rahmatmu ya Allah .......
Kupohon restumu ya Rabbi......
Kupohon rahmatmu ya Allah......
Kupohon restumu ya Rabbi.......

Teguhkan iman asas pegangan
Bertaqwa bukan ikut-ikutan
Amal ibadat malam dan siang
Insan cemerlang umat terbilang

Akhlak mulia sahsiah terpuji
Jadi amalan insan insani
Wahai umat islam dunia
Hidup bahagia aman harmoni

Allahu Akbar Allahu Rabbi 4x


            Muzik bagi kedua-dua persembahan nasyid tersebut adalah dari paluan bongo,tabla, tamborin   
            dan shaker yang diketuai oleh adik Muhammad Azmirul Asyraf b. Mustafa.

No comments:

Post a Comment