JENIS-JENIS PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Program Pemulihan Khas Program pemulihan khas ini adalah untuk murid-murid yang memerlukan pemulihan dalam subjek-subjek atau kemahiran-kemahiran tertentu. Pemulihan khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Glosari Pengajian Melayu: “Satu rancangan khas bagi membantu dan memulih murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran yang dikenal pasti oleh guru. Semasa melaksanakan program ini, muird-murid diasingkan daripada kelas biasa dan ditempatkan di dalam kelas khas bersama-sama dengan murid yang menghadapi masalah yang sama daripada kelas-kelas lain.“ Matlamat pengajaran di program pemulihan kelas khasmat adalah untuk :
 menguasai kemahiran asas 3 M,
 Meneruskanpembelajaran di kelas biasa,
 Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar (wthdrawl system) dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan Pemulihan kelas khas dilaksanakan di sekolah rendah objektifnya ialah untuk "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ketahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau “terkebelakang“ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.

Cara mengadakan kelas pemulihan khas
i.          Sekolah-sekolahyang mempunyai dua (2) kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang,
ii.         Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang,
iii.        Sekiranyamurid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan diantara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
Melalui sistem ini murid yang dikenal pasti akan ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk subjek Bahasa Melayu atau Matematik atau kedua-duanya sekali. Selepas belajar di kelas khas pemulihan mereka akan pulang semula ke kelas masing-masing untuk mengikuti pengajaran di kelas biasa.
• Sebagai contoh, Murid A merupakan murid pemulihan. Murid A akan belajar   
  seperti biasa di dalam kelas perdana tetapi apabila tiba waktu mata pelajaran   
  Bahasa Melayu dan Matematik, murid A ini akan ke kelas pemulihan khas untuk
  mengikuti pembelajaran pada waktu itu. Setelah tamat waktu berkenaan, murid
 A akan kembali ke kelas perdana dan meneruskan pembelajaran subjek lain.

Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR
Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran akan menilai pencapaian murid pada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang gagal dkuasainya. Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam program pendidikan pemulihan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR pada tahun 1983. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan. Menurut Buku Panduan Am KBSR yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau 3M. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M. Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan seperti KIA2M, PROTIM, LINUS, selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing.
LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.

Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabung jalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

PROTIM
PROTIM adalah perkataan singkat bagi Program Pemulihan Tiga M (membaca, menulis, mengira) . PROTIM adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik untuk murid tahun 4- 6. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. Murid yang terlibat adalah mereka yang gagal praujian UPSR. Sekiranya murid gagal dalam ujian bahasa melayu, maka murid ini akan mengikuti PROTIM Bahasa Melayu yang dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah 3M. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.

Kelas Inklusif/ Integrasi pendidikan pemulihan
Kelas Inklusif/Integrasi adalah dikenali sebagai pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.” Dalam program integrasi atau inklusif murid khas atau pemulihan khas dapat dipastikan
mendapat pendidikan dalam persekitaran yang paling minimum halangannya (Least Restricted Environment).

Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa dan tidak rasa terpinggir. Ini bermakna murid yang mengalamai masalah pembelajaran dan dalam konteks ini adalah murid pemulihan tidak perlu diasingkan. Mereka boleh belajar di dalam kelas biasa dan guru pemulihan bertindak sebagai guru reso atau sumber. Murid pemulihan boleh merujuk kepada guru pemulihan sekiranya mereka menghadapi kesulitan semasa belajar di dalam kelas. Keberkesanan program ini bergantung kepada kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan, khusunya ketika merancang pengajaran dan menyelesaikan bersama jika ada masalah yang timbul. Terdapat dua jenis Pendidikan Inklusif.
 Separa Inklusif
 Inklusif Sepenuh Masa

Separa Inklusif
Dalam kelas ini murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya murid mengikuti program di kelas khas. Guru Pendidikan Pemulihan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Murid yang mengikuti program ini dikehendaki mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa.

Inklusif Sepenuh Masa
Bagi murid mengikuti inklusif sepenuh masa, mereka mengambil semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Pemulihan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Pelajar pemulihan / pendidikan khas yang layak dari segi pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dsb.

Program Kelas Bercantum
Program ini merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Ini biasa diamalkan di Sekolah Kurang Murid yang biasanya didapati di sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
• Kelas ini diwujudkan dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang terdiri daripada tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas. Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 ).
• Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak. Sebagai contoh, sebuah kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun.

• Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam kelas bercantum.

No comments:

Post a Comment