KIOSK DALAM BILIK DARJAH


Pengenalan Kiosk

Kiosk adalah ruang belajar dan mengajar di dalam kelas pemulihan. Diwujudkan untuk menangani masalah pembelajaran murid mengikut kaedah yang bersesuaian berdasarkan TKP. Bilangan kiosk yang dicadangkan adalah sebelas berdasarkan lapan kecerdasan dan di tambah tiga ruang khas iaitu pengamatan, pengurusan dan umum

Kecerdasan Pelbagai

Definisi kecerdasan mengikut Howard Gardner :
"Kebolehan menyelesaikan masalah, menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya"
Digunakan dengan lima model iaitu sisipan,jaringan,jalinan, perkongsian dan kesepaduan

Nama-Nama Kiosk

K1 : KIOSK BAHASA
K2 : KIOSK RUANG
K3 : KIOSK INTERPERSONAL
K4 : KIOSK LOGIK/MATEMATIK
K5 : KIOSK KENDIRI
K6 : KIOSK PERGERAKAN
K7 : KIOSK MUZIK/RITMA
K8 : KIOSK ALAM SEMULAJADI
K9 : KIOSK PENGURUSAN
K10 : KIOSK UMUM
K11 : KIOSK PENGAMATAN

K1 : KIOSK BAHASA

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan.
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Mengeja perkataan, menulis nama, membaca ayat dan membuat teka silangkata.
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar:
    Kad huruf/ suku kata/ perkataan/ ayat Kad bacaan, Buku Bacaan, Pita audio Permainan sahiba,silangkata dll
  3. Kiosk Bahasa

 

K2 : KIOSK RUANG

Kebolehan mengesan dan gambarkan bentuk,ruang,warna dan garisan.
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Gunting,tampal dan warna huruf pada gambar Lukis dan cantum gambar.
    Terang arah ke sesuatu tempat.
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Gambar, Abjad getah, Jigsaw puzzle,maze,buku bergambar
  3. Kiosk Ruang

 

K3 : KIOSK INTERPERSONAL

Kebolehan memahami perasaan, motivasi,tabiat serta hasrat orang lain.
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Bermain kuiz,menyampaikan maklumat dan bermain jual beli
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Kad soalan kuiz, kad abjad, kad gambar
    Bahan untuk aktiviti jual beli
  3. Kiosk Interpersonal

 

K4 : KIOSK LOGIK/MATEMATIK

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah serta memahami kelompok nombor asas,prinsip sebab-akibat dan kebolehan menjangka.
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Mengeja perkatan berdasarkan sukukata dengan simbol matematik dan mengira jumlah harga barang
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Kad nombor Alat pembilang,Dekak-dekak,Kad Domino dan Kad perkataan
  3. Kiosk Logik atau Matematik

K5 : KIOSK KENDIRI

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat serta kehendak diri.
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Menulis jurnal, duduk bersendirian membuat refleksi diri, catat kenangan atau perasaan dan membuat projek berbentuk arahan kendiri.
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Komputer, Kad-kad(huruf,perkataan,ayat), Buku cerita dll.
  3. Kiosk Kendiri

K6 : KIOSK PERGERAKAN

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,perasaan dan menyelesaikan masalah
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Menulis abjad di kad tebuk menggunakan jari, berlakon ikut situasi yang ditetapkan dan bermain karom bahasa
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Kad tebuk, Bola, Doh dan Plastecine
  3. Kiosk Pergerakan

K7 : KIOSK MUZIK/RITMA

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu mudah,membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Mengeja perkataan sambil menyanyi dan memainkan muzik dan memperdengarkan muzik semasa belajar
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Radio/VCD,Alat muzik sebenar/ciptaan dan pita rakaman
  3. Kiosk Muzik atau Ritma

K8 : KIOSK ALAM SEMULAJADI

Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuhan,galian dan binatang, termasuk batu- batan dan pelbagai flora dan fauna.
  1. Cadangan Aktiviti dalam P&P :
    Melabel anggota badan, menulis nama haiwan, memelihara ikan dan mengumpul serangga,batu-batan dll.
  2. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Gambar, Carta haiwan dan tumbuhan, model haiwan dan akuarium
  3. Kiosk Alam Semulajadi

K9 : KIOSK PENGURUSAN

Ruangan guru untuk aktiviti seperti menanda dan menyimpan rekod serta fail, menampal carta organisasi,pencapaian murid,jadual waktu serta menyimpan peralatan guru.

K10 : KIOSK UMUM

Ruangan untuk aktiviti seperti mengumpul murid,penerangan dan belajar secara kelas.
Kiosk Pengurusan dan Umum

K11 : KIOSK PENGAMATAN

Ruangan bagi menguji pengamatan deria mata dan pergerakan tangan murid serta melatih pergerakan tangan sebagai asas penulisan dan mengecam gambarajah,saiz serta bentuk
  1. Contoh Bahan Bantu Belajar :
    Kotak berisi pasir,gambar/bentuk-bentuk, lembaran kerja maze dan menyambung titik
  2. Kiosk Pengamatan