MASALAH KANAK-KANAK KHAS


1. MASALAH KERENCATAN AKAL

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak -kanak yang mempunyai daya pemikran yang berkurangan dan bermasalah dalam . Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh
berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakal mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara -cara hidup seperti menjaga diri.Kecatatan terbahagi kepada kecacatan -kecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan pendengaran.Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kecacatan akal
a) Punca masalah kerencatan akal
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetic seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab -sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligent quotient) kurang daripada 50.Kebanyakkan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ d iantara 50- 75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal.
b) Ciri-ciri masalah kerencatan akal
  1. Sebilangan daripada kanak -kanak kerencatan akal akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca seperti sindrom down, masalah perinatal atau meningitis.
  2. Sindrom downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenalpasti. Sebilangan besar kanak -kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doktor membuat ujian perkembangan ± developmental assessment
  3. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak -kanak untuk siasatan yang mendalam.
 

2. MASALAH PENGLIHATAN

Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang memerlukan pendidikan kerana masal ah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
2.1 Punca masalah penglihatan
  1. Baka dan keturunan
  2. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir - Rubella ± rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan -akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan. c) Sifilis d) Kecederaan e) Penyakit
2.2 Ciri-ciri masalah penglihatan ;
a). Rupa
- Bebola mata yang selalu berputar -putar.
- Tidak bertindak balas dengan cahaya.
- Mata yang selalu bergerak -gerak.
b). Tingkah laku
- Selalu memusing kepala ke sebelah sehaja
-Kerap berkelip
-Kerap menggosok mata
c). Aduan
- Selalu mengadu sakit kepala
- Penglihatan yang kabur
- Nampak 2 imej pada 1 objek.

3. MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran adalah masalah yang menjejaskan komunikasi atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
3.1 Punca masalah pendengaran :
  • Jangkitan telinga kronik
  • Faktor keturunan
  • Kecacatan kongenital
  • Sakit kuning yang teruk semasa bayi
  • Penggunaan dadah ototoksik
  • Jangkitan virus atau bakteria
  • Proses penuaan dan tumor.
3.2 Ciri-ciri masalah pendengaran ;
  • kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas
  • Kelihatan selalu berkhayal
  • Buitr-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
  • Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
  • Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi
  • Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur
  • Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.
 

4. MASALAH TINGKAH LAKU EMOSI

Masalah tingkah laku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanak -kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk. Antara masalah tingkah laku di kalangan kanak -kanak dan remaja adalah seperti berikut:
  1. Tingkahlaku ganas
  2. Menentang, tidak mahu menurut kata
  3. Sikap terlalu bergantung
  4. Sikap suka mengelak
  5. Tingkahlaku pasif
4.1 Punca-punca masalah tingkah laku
Kebanyakan daripada perangai/ kelakuan adalah dipelajari. Sebahagiannya adalah akibat dari ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak dan kekurangan fungsi luar kawal otak.
  1. Jika sesuatu tingkahlaku itu dianggap bermasalah, biasanya ia telah dipelajari dari sesuatu situasi sebelumnya.
  2. Manakala jika berkaitan dengan kecacatan, kebanyakkan daripada mereka mempunyai masalah tingkahlaku akibat daripada kesukaran secara umum dalam kemahiran menyesuaikan diri seperti berkomunikasi, kemahiran mengurus kehidupan seharian dan kemahiran mengawal emosi dan sosial.
4.2 Ciri-ciri masalah tingkah laku
a).Kebanyakannya akan mengalami gangguan dalam aspek berikut:
- Interaksi sosial (lebih suka bersendirian)
b).Komunikasi (lisan dan bukan lisan)
- Sukar untuk meluahkan keinginan sendiri
c). Minat dan aktiviti
- Suka membuat gerakan berulang -ulang yang aneh
d). Masalah dalam aktiviti motor/fizikal
- Menjadi terlalu aktif atau terlalu lembab.

5. MASALAH ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak -kanak.
Ia melibatkan 3 jenis kepayahan:
  1. Kurang tumpuan
  2. Hiperaktif
  3. Menurut kata hati (impulsivity)
5.1 Ciri-ciri masalah ADHD
a) Kurang tumpuan -Kanak-kanak sentiasa ;
- Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah
- Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti -aktivitinya
- Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
- Tidak dapat menyelesaikan tugasnya.
b). Hyperaktif -Kanak-kanak sering :
- Mengoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya.
- Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya dia duduk disitu.
- Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak - kanak biasa)
- Bising waktu bermain.
c). Menurut kata hati (impulsivity)
- Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti -aktivitinya
- Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah


6. MASALAH AUTISME

Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangkaan masa yang memberi kesan dalam pemikiran kanak -kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan k anak-kanak laki-laki. Gejala-gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
6.1 Punca-punca masalah autisme
Punca masalah ini tidak diketahui, namun teori yang terakhir mengatakan bahawa, faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaan austistik pada kanak-kanak. Pengaruh virus yang dihadapi oleh si ibu semasa mengandung seperi virus rubera, toxo, herpes, keracunan makanan, pendarahan, pemakanan yang kurang zat. Ini mempengaruhi perkembangan sel-sel otak bayi semasa si ibu sedang mengandung.
6.2 Ciri-Ciri kanak-kanak Autisme
  1. Perlakuan yang bongkak
  2. Ketawa dengan tiba -tiba
  3. Tidak mengenali bahaya
  4. Perkataan yang diulang berkali -kali dan gagap.
  5. Tidak merasai kesakitan
  6. Menangis dan marah tanpa sebab g) Permainan yang luar biasa.

7. MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK (DISLEKSIA)
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap diseba lik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalahini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
7.1 Punca-punca disleksia
  1. Cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yan g normal.
  2. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa.
  3. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia.
  4. Kajian perubatan di barat mendapati kanak -kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
7.2 Ciri-ciri disleksia
  1. Selalu dikesan pada peringkat awal persekolahan.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf -huruf tertentu contohnya µb¶ dianggap µp¶ dan µp¶ dianggap µq¶.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
7.3 Disleksia boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu :
  1. Disleksia visual (penglihatan)
  2. Disleksia auditori (pendengaran)
  3. Disleksia visual-auditori.

 

8. PALSI SEREBRAL

Serebral palsi adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi kesan terhadap:
- Bentuk muka
- Pergerakan
- Kemahiran motor
8.1 Jenis-jenis palsi serebral
a). Spastic
- Menyebabkan kesukaran dalam pergerakan dan tingkah laku, dimana ia
menjadi kaku.
b). Athetoid
- Tidak dapat mengawal pergerakan otot dan biasanya mereka mempunyai
bentuk tubuh yang pelik.
c). Ataxic
- Ia merupakan gangguan terhadap keseimbangan dan persepsi.
8.2 Punca masalah palsi serebral
  1. Kerosakan otak semasa kelahiran
  2. Kerosakan otak semasa mengandung
  3. Oksigen tak sampai ke otak janin d- Jangkitan kuman e- Masalah kesihatan maternal
  4. Perkembangan yang tak normal
  5. Bayi yang dilahirkan tak cukup bulan h- Meningitis bacteria.
8.3 Ciri-ciri masalah palsi serebral
  1. Perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat
  2. Tindakan yang sepatutnya hilang masih kekal
  3. Berjalan dengan menjinjit atau kaki diseret
  4. Ketidaknormalan bentuk otot
  5. Lekukan pada spinal 'jawbon' atau kepala kecil