SK SRI TIRAM


Logo Sekolah Kebangsaan Sri Tiram

VISI SEKOLAH

  • Melahirkan pelajar yang gemilang dan seimbang dalam semua aspek.
 

MISI SEKOLAH

  • Menghasilkan murid yang berdisiplin,bersahsiah menghayati serta mengamalkan ajaran agama.
  • Melahirkan warga sekolah yang celik ICT.
  • Agihan tugas yang seimbang dan suasana yang kondusif kepada semua guru dan staff.
  • Melahirkan murid yang berketerampilan dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum.
  • Menerapkan budaya berdaya saing di kalangan warga sekolah agar dapat mengharungi dunia globalisasi.
 

MATLAMAT SEKOLAH

  • Sentiasa menyedari keutamaan pelajaran dan akhlak yang mulia bagi membentuk diri menjadi insan yang sempurna.
  • Komited untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah diri.
  • Semangat untuk meningkatkan prestasi murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
  • Taat kepada agama, peraturan sekolah dan undang-undang negara.
 

FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TIRAM

Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi setiap pelajar secara menyeluruh, bersepadu serta berketrampilan untuk menyesuaikan diri dalam mengharungi cabaran dunia globalisasi dan penguasaan dalam bidang ICT.

MOTTO SEKOLAH

Semangat
Komitmen
Setiakawan
Tekun

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sri Tiram berikrar dan berjanji akan:

Kelas Pemulihan

  • Memberi Pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra kepada semua pelanggan.
  • Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif.
  • Membina dan meningkatkan potensi murid mengikut kebolehan masing-masing dalam pelbagai bidang.
  • Sentiasa menjamin keselamatan murid.
 

NILAI

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sri Tiram akan mengamalkan nilai-nilai murni berikut:
  • Berbudaya kerja berpasukan.
  • Berbudaya saing yang sihat dan berterusan.
  • Berbudaya profesionalisme.
  • Berbudaya ilmu serta berwawasan.
 

ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TIRAM
Jalan Setanjung, Kampung Seri Tiram Jaya,
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan